Rabu, 3 Mac 2010

artikel

http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm
Asal Usul Bahasa MelayuDipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi). Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera. Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi. Keturunannya orang Melayu di Malaysia. Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto. Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto. Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara. Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum..
    emm.. artikel ni banyak sentuh tentang sejarah iaitu sejarah bahasa Melayu.. sebelum penjajahan British,perkembangan Bahasa Melayu adalah secara berperingkat-peringkat. Pertama, Bahasa Melayu kuno yang dipengaruhi oleh Bahasa Sanskrit iaitu pengaruh agama Hindu. Seterusnya, dengan kedatangan Islam di Tanah Melayu, basa kuno beralih kepada Bahasa Melayu klasik yang bermula di Melaka, Acheh dan Johor-Riau. Kemudian beralih kepada Bahasa Melayu moden di mana bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa penagantar dan hasa antarabangsa sebelum kedatangan British. Kini, di Malaysia kita dapat lihat bahasa Melayu adalah kebanyakan mengikut dialek negeri atau setempat. Bahasa rasmi atau bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ada juga dipengaruhi oleh bahasa-bahasa arab yang tidak diterjemahkan.

    BalasPadam
  2. Salam...
    Dalam artikel ini menyentuh tentang asal usul Bahasa Melayu.Perkembangan Bahasa Melayu terbahagi kepada tiga iaitu Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Kuno merupakan keluarga bahasa Nusantara.Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Srivijaya.Kesan pengaruh daripada Islam, wujudlah la pula Bahasa Melayu Klasik.Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada zaman kerajaan Acheh,zaman kerajaan Melaka dan zaman kerajaan Johor-Riau.Bermula abad ke-19 hinggalah sekarang wujud Bahasa Melayu Moden yang menjadi bahasa rasmi negara dan juga bahasa Kebangsaan...Ianya digunakan sebagai bahasa pengantar..

    BalasPadam